Followers

~Nuff Nuff.... Nuff Nuff~

Saturday, September 29, 2012

ORDER!! ORDER!!

Salam semua.. Ini adalah entri tidak berbayar...

Kami menyediakan tempahan bagi item berikut:

One layer Pavlova

2 layer Pavlova

Fruit Tart 
min order 50pcs

Roti Jala

Chocolate Moist

Chocolate Chip cookies

Marble Cake

Chocolate Brownies Cheese

Blueberry / Strawberry Brownies Cheese

Cheese tart 
Filling (strawberry / blueberry / manggo / orange) 
min order 50pcs

Red Velvet Cake

Almond London - 50pcs/pack

Kitkat Moist Chocolate Cake

Caramel Cake

Apam Beras c/w kelapa
min order 50pcs

Untuk order, anda boleh hubungi talian:

012-6294635 - mura
013-9280180 - hasha

SELAMAT  MENCUBA!!!












Wednesday, August 22, 2012

Wlaupun dah raya ke 4 tapi x salah rasanya jika saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR 
DAN 
BATIN

dari Azira, Awie dan Irfan

Moga lebaran ini membawa seribu makna kepada anda.. 

p/s: walaupun xde gambar raya cantik sbb gambar amik guna camera cuma boleh masuk dalam suratkabar "SINAR" je tapi kami x kisah sebab kami dah rasa guna gadget canggih dr dulu.. TQ.. 

Thursday, August 9, 2012

Kerenah makhluk yg bernama MANUSIA

Dah x terhanan rasa nak luah.. xleh simpan dah ni.. Aku bekerja sebagai MULTIPURPOSE LABOUR.. Aktiviti harian aku adalah seperti berikut:

6.15pg : Keluar rumah tuk mula kerja
(bayangkan dr johan setia ke sec 25 jalan jem + trafic light sampai 45min)
7.00pg : amik pekerja kat 25
7.10pg : anta kat 23
7.20pg : sampai komplek
(komplek bergantung kepada jalan.. kalau xjem cepat la.. kalau jem mau gak sampai kul 7.35pg)
7.45pg : TTDI
(t.light kat TTDI mmg gler punya lama.. so faham2 la)
8.00pg : baru sampai glenmarie
8.15pg : kat glenmarie gak tp seberang jalan (almaklum la simpang xde trafic light so redah la)
8.40pg : anta irfan kat 19
8.50pg : baru sampai komplek balik.
(buat keje opis kalau xde site visit ke ape)
11.30pg : anta org kat sec 7
12.00tgh : amik kat 11 anta kat 9
12.30tgh : amik kat 23 ( 2 tempat) anta kat 13 , TTDI & Batu 3
(biasa settle dlm kul 1.15 @ 1.30ptg)
1.30ptg : masuk office balik
3.45ptg : kuar balik amik org
4.45ptg : settle anta org balik
(ni time pose.. kalau x pose kul 5.45ptg baru settle)

keje kat opis ni mmg la x berat tp tgk kerja la.. kadang2 tu tgh wat keje stop dulu sebab nak anta amk pekerja.. PEKERJA TAU NAK BALIK ON TIME. BILA LAMBAT SKET ADE YG PERLI2. Aku malas nak ckp pun diam je la.. Yela AKU NI DRIVER.. Faham..

Ada yg pk jadi bos ni best.. kalau boleh, aku nak je jd cleaner je.. ye la, kalau rasa nak cuti sms bos kata nak cuti.. x dtg kerja terus.. tinggal tempat kerja tu dgn harapan bos settlekan semua tp DORANG XTAU BETAPA SUSAHNYA NAK CARI ORG TUK REPLACE TEMPAT DORANG KALAU DORANG CUTI. kalau x bg cuti kata bos tak prihatin.. buat pekerja macam buruh kasar. Bila majikan ni xleh replace org CLIENT akan call "SAYA TAK KISAH, SAYA NAK ORG GANTI JUGAK" tp xde org nak ganti so MAJIKAN jugak PENING NAK FIKIR.

Bila Pekerja ni buat hal, MAJIKAN SUSAH PAYAH MENEGAKKAN YG PEKERJA TU X SALAH. tp PEKERJA TETAP ANGGAP MAJIKAN NI GOYANG KAKI SENANG LENANG sbb MAJIKAN MALAS NAK TEGUR PEKERJA BANYAK KALI sbb PEKERJA SEMUA DAH DEWASA & ADA AKAL YANG WARAS.



Manusia ni mmg banyak perangai kan.. ada yg baik, jahat, sombong, bertimbang rasa, memahami dll..

Hari ni mmg aku rasa kesabaran dah tercalar dek perangai pekerja2.. Setakat ni cuma seorang pekerja ni yg berperangai diva.. Bukan sbb pe, rasanya dia xpenah hormat aku sebagai majikan dia.. Kalau lambat xpernak minta maaf. SENYUM pun susah.. Faham sbb gaji dia lagi banyak dr aku.. Aku cuma driver je kan.


Seingat aku, sebelum dia balik Indon perangai dia x mcm ni.. Ada lg sifat hormat dia pada majikan.. Dia kne hantar balik pun sbb permit xleh renew tu thn ke 5, Dalam masa dia kat indon tu, bersusah payah la majikan g apply tuk dia dan kekawan dia dtg balik ke sini. Majikan ni plak turun naik kdn, imigresen.. tahan segala kata2 kesat dr pegawai tu, dgn arahan yg bertukar2 dr kdn dan imig siap kne menjawap dgn pekerja yg kne anta blk (sbb asik call dr indon tuk tanya progress) sampai la kne mendaki klia tuk amik pekerja tu dr airport.. 


Mentaliti manusia ni pun lain2.. Mungkin masa yg diambil tu telampau lama (atas sbb peraturan kerajaan yg disediakan) yg menyebabkan mereka ni berfikir yg majikan xnak amik @ melambat2kan urusan kemasukan dorang.. Tapi kalau la dorang tau urusan nak amik pekerja tu memeritkan, mesti dorg xkan banyak bunyi..

Mereka nak dtg bekerja tp xnak keluar modal tuk biaya permit sendiri.. jadi majikan pun berfikir mana nak cari modal tuk bwk masuk mereka dan PINJAM dan KELUAR DUIT POKET SENDIRI tuk biaya permit dorang.. Dorg tau gaji ditolak je tp DORANG XPENAH FIKIR YG MAJIKAN DORANG ADA DUIT KE TAK!

Bila dah bawak masuk FOMEMA ada masalah, majikan jugak yg bersusah payah mencari jalan alternatif, ulang alik ke klinik sampai fomema fit. Untuk kepentingan bersama, majikan turutkan je. DUIT PERUBATAN JUGA DITANGGUNG MAJIKAN.



Bila time permit dah nak mati, dorng cuma tanya "PERMIT SAYA SUDAH SIAP?". Ya Allah, Bukan sorng pekerja yang majikan nak kne ingat tarikh mati permit. SEBAGAI PEKERJA, TANGGUNGJAWAB ANDA UNTUK INGAT TARIKH LUPUT PERMIT ADALAH WAJIB. JANGAN INGAT MAJIKAN ANDA MESIN INGATAN NAK KNE INGAT BENDA2 BERKAITAN ANDA. 

Bila permit dah mati MAJIKAN JUGAK YG KNE MENGADAP PEGAWAI. kalau dpt pegawai yg baik hati xpe, tp kalau dpt pegawai yg mulut longkang MAJIKAN JUGAK YG DIMAKI. Dengan service yg LAMBAT mcm siput.. PEKERJA HANYA NAK BENDA TU SELESAI. MASALAH YG MAJIKAN HADAPI DORG XNAK AMIK TAU.

Dekat malaysia ni kerja berkontrak. Bila kontrak habis maksudnya tuka yg lain tp mentaliti drg ni KONTRAK SEUMUR HIDUP ke? Bila kontrak tamat MAJIKAN BERSUSAH PAYAH CARIKAN KONTRAK LAIN TUK MENGELAKKAN DIA DR DIBUANG KERJA sbb TANGGUNGJAWAB MAJIKAN YG BUAT PERMIT DIA.. tp KERJA NAK MEMILIH. nak kerja senang tp nak gaji tinggi kerja nak kurang.. haihh..

Dorang xpenah pun fikir perbelanjaan dan bayaran dr client.. yg dorang fikir cuma AWAL BULAN DPT GAJI.. XKISAH LA BAYARAN DAH ADA KE BELUM.. 

Kadang2 rasa macam biar dorang bertuka tempat dgn kita sbb bila drg x rasa pe yg kita rasa dorang xkan paham.. 

Tuesday, July 31, 2012

MELAMPAU!!

Bila dapat jiran yang macam HARAM ni mmg sakit hati nak mati.. Ni bukan kali pertama dia buat onar kat rumah aku.. 

Sebelum ni dia baling putung rokok ngan sampah.. FINE sbb AKU LEH SAPU.. tapi kali ni dia dah melampau.. Bukan setakat PUTUNG ROKOK ngan SAMPAH je yg dia buang dlm kawasan pagar aku skarang ni. 

Sejak first day puasa budak2 lorong aku dah Pung Pang Pung Pang bunyi MERCUN.. Ahad ari tu aku saje la tanya budak yg main dpn rumah aku mana dia dpt mercun pastu terus dia kata "rumah sebelah acik yg jual mercun, tp saya x cukup duit nak beli.. mak bagi 50 sen je".. aku pun terus ckp dlam hati "oooo patut la kuat benar bunyi meletup sampai mercun tu masuk dlm pagar rumah aku".

Malam tadi aku dgr kuat lagi.. tp aku biar je.. agak2 dah xde bunyi mercun and irfan dah tido aku kuar,, tgk2 BERSEPAH2 SERPIHAN MERCUN DALAM GATE AKU. Yang aku naik angin bila benda tu betul2 sebelah kereta aku.. 

Aku tau la ko tu DEALER MERCUN tp xpayah la main sampai baling2 kat kawasan rumah org.. ko baling je la kat tgh jalan.. kalau xpuashati gak tgh jalan tu X HEBAT, ko baling kat HALL UMAH KO.. try melatup tak ko punya tv.. Bila dah meletup tu kira KO MMG PALING HEBAT LA KAT ABAD NI.. 

Aku malas nak gaduh sbb ko tu JIRAN tp kalau JIRAN MACAM HARAM, aku nak maki ko pasni pun xpe kot.. 

Kalau malam ni aku jumpa lagi serpihan mercun dalam gate aku, mmg aku sound depan2.. silap2 aku panggil polis je.. lantak ko la..


Friday, July 27, 2012

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE

Lokasi di Klebang, melaka.. aku sedar2 je dah sampai.. almaklum la naik bas.. hahaha


COCONUT SHAKE yang AWESOME.. Minum time panas sangat la BEST.. dengan rasa crunchy2 kelapanya dgn ice cream vanila lagi.. wahhhh.. MABELES!!


Kedai ni ada 2.. yg ni kat tepi jalan tu khas tuk tapau je.. kedai yg tuk minum plak kat belah dalam sket..


Sebenarnya kedai ni xde jual makanan dgn pilihan..bermaksud menu yg ada cuma nasi lemak bungkus, bihun bungkus dan juga kuih muih sahaja.. yang lain xdok.. 

kesimpulannya, mmg sedap la makan nasi lemak dgn coconut shake ni.. nyum nyum

Thursday, July 26, 2012

Sabar Je La Bila dapat Jiran SENGAL!!

Lepas keje smalam, aku balik rumah terus.. tanpa incik pawie sbb dia ot.. Lepas je maghrib budak2 dah start main mercun.. pung pang pung pang..

Tiba2 aku dengar bunyi mercun kuat meletup.. ok aku diam.. bunyi kuat lagi.. aku diam lagi.. bunyi yg ke 3 kuat jugak n sah bunyi dlm pagar aku.. bunyi yg ke 4 something kene cermin depan rumah aku.. terus aku bangun bukak pintu tgk luar JIRAN yg merupakan BAPAK BUDAK (sebelah rumah) tgh main mercun..

Bukak2 pintu, aku jeling dia. bila dia perasan aku jeling terus dia blah.. aku tgk porch aku mmg ada kulit serpihan mercun tu.. Yang aku bengang tu serpihan tu antara kereta dan moto.. Cuba bayangkan mercun tu kene kete pastu kete meletup?? pastu aku ngan anak aku dok dlm tu kalau terbakar skali camne? 

Xpaham aku ngan jiran sebelah ni, dulu putung rokok ko baling, sampah sarap ko baling ni bila aku dah tembok dinding tu ko balng mercun plak.. Otak ko x berfungsi ke? kalau aku tau la ko makin BODOH BUSUK HATI, aku tembok terus je sampai kedepan.. XDE JIRAN MACAM KO PUN XPE LA.. XLUAK PUN.. dapat jiran BANGANG pun wat pe.. MENYUSAHKAN ORG JE..


Wednesday, July 25, 2012

Sesi pantang lepa!!

Ni la aktiviti irfan bila dilepaskan.. adoi la


jangan risau ye.. dia ada yg pegang @ tunggu kat bwh tangga tu.

JUALAN GUDANG CRISPY!!

Salam satu SHAH ALAM!! haha

hari jumaat 17hb, ada jualan gudang cekolat kat seksyen 16.. jumaat kan rehat panjang jadi kami pun g kilang cekolat tu memborong cekolat.. ni kali ke 2 kali ke ke 3 kali ntah kitorang g kilang tu borong cekolat-cekolat tu..

nurul beli 2 set cam ni

kami punya..



FootBall Trip ~Melaka~

First time bawa irfan naik bas.. huh.. penat.. malas nak tulis boleh kan.. nak tempek gambar je la ye.. 

gerak kul 8.00pg dr pejebat pos besar shah alam.. 

Sampai2 terus g tempat sejarah ni.. (lupa nama tempat tu) kuikuikui










di padang kul 5 petang

papa irfan no 4

dana game by PKR.. (sorry ye, sy bukan ahli politik)


irfan ngan UNCLE JINGGO kesayangan dia.. adoiii

dalam kul 11 malam baru sampai rumah.. penat seh.. 



Thursday, July 5, 2012

Kisah Jiran Sebelah!!

Assalamualakum semua..

Today tetiba terasa mau menghapdate belog.. So far hidupku bz memikirkan masalah rumah yg ditimpa kecelakaan itu.. Hati berbunga2 mau pindah tp dan dan rumah dah siap ni ada plak makhluk Allah ni spoil mood.. Rumah ku telah siap direnovate tp x siap cat ngan cuci lg la.. 

Tapi malang tidak berbau apabila sabtu 2 minggu lepas dpt call dr makhluk Allah ni maki hamun ckp rumah dia retak sampai siling nak jatuh ( ayat dr tuan rumah).. Aku terus terfikir macam2 antaranya:

- kalau aku indon tu betulkan frame tingkap aku dgn cr hack for sure xde effect dia sbb dia guna drill je??
- xkan la indon tu pasang bata rumah aku tp rumah dia retak??
- xkan la pulak pasal indon tu plaster dinding boleh menyebabkan rumah sebelah retak??
- kalau indon tu hack tingkap, nape rumah aku x retak tp kenapa rumah dia??
- penyewa ko ni cite ngan ko ke pasal rumah aku extend sket 2 kaki depan blakang??
- penyewa ko tu buta hati ke xnampak rumah aku terbakar??

banyak lagi la yg aku pikir.. bengkak je hati aku time tu.. mmg panas hati.

Petang tu gak aku g tgk umah . sampai2 aku jumpa abg yg wat rumah tu tuk tanya ape masalah and abg tu ckp mcm ni. 

aku : Pe kes ni bang? pe yg roboh? mcm teruk je bunyi smpai maki hamun?
abg wat rumah : Abg pun panas hati ni, ade ke penyewa sebelah ni leh dtg marah2 budak2 ni ckp yg tingkap dorang nak roboh. siap suh buat balik macam baru.
aku : dah g tgk belum?
abg wat rumah : dah, menipu je, elok je teletak tingkap tu, xde plak nak roboh
aku : ok sy g tgk plak..

dalam marah2 aku g ketuk rumah sebelah. malangnya yg kuar bukan org yg dok sewa situ (Sumpah aku x tau ape hubungan org tu ngan penyewa tu sbb rumah tu LELAKI PEREMPUAN KELUAR MASUK SESUKA HATI TANPA DIKETAHUI HUBUNGAN DORANG)

aku : sy nak tgk mana siling yg nak jatuh sgt tu
akak sebelah : eh, mana ada siling nak jatuh tp ni tingkap akak dah nak roboh
aku : ye ke kak, meh sket sy tgk teruk sgt ke
(aku masuk sambil tgk tingkap tu)


akak sebelah : tgk tu tingkap akak dah senget.
(aku tgk dr luar plak)


aku : tp kak, dr luar x senget pun.
akak sebelah : dr dalam senget kan ni.
aku : akak tau  kan rumah kita ni atas tanah gambut jd mendap2 ni biasa la lepas tu rumah sy tu dr sy pindah 2 thun lepas, 5 kali sy tampal dinding sbb retak tiba2 kat tempat yg sama. ni kan pulak rumah akak. lagi 1, ni kan kesan retak lama x mustahil la retak balik.
akak sebelah : ntah la akak tak tau
aku : tuan rumah ada tgk x?
akak sebelah : tuan rumah xde plak dtg. dia kata suruh jiran sebelah repair sampai elok.
aku : tgk la nanti mcmana. tp ni retak lama, xkan nak amik kesempatan plak.
(aku terus blah dr rumah sebelah)

Dalam hati mmg aku maki hamun tuan rumah tu.. Tuan rumah ngan penyewa sama je cakap putar belit. Yg situan rumah tu amik sewa je tp bila rumah rosak pandai2 lak nak amik kesempatan pastu masalah retak rumah dia tu 3 kali penyewa dah terjadi (akak rumah dpn yg bgtau sbb penyewa lama pun banyak kali komplen tp tuan rumah wat bodo je). yg si penyewa tu plak dah la sesukahati je nak suh aku yg betulkan semua. dah la ko sesuka hati buang2 sampah dlm pagar aku kan.. nah aku tembok habis. xpayah dpt jiran mcm ko pun xpe.. 

Now, ak amik keputusan tuk x repair rumah ko atas nasihat jiran2 yg lain.. hahahaha.. kalau tuan rumah tu nak MEROYAN tu dia punya pasal la kan.. sbb sape suh dia x tgk rumah dia sendiri.. bengong.. lalala



Saturday, June 23, 2012

Iklan dalam METRO

Apa pendapat anda tentang iklan ini..??


Tajuk besar

 "MAK NGAH BERSANGKA BAIK PUNCA KAMI SIHAT"

Tapi bila baca kotak2 tu rasa geli je.. xmau komen pape tp leh ckp GELI LA..

Suspek Campak

 Papa irfan di suspek CAMPAK @ CHICKEN POX.. hahaha 


bintik2 ni baru dikesan beberapa jam td terus g DEMC.. ingatkan denggi tapi doc kata bukan..

Klaka besar2 dpt campak... hahaha.. alamakx baiknye takut berjangkit kat irfan.. aduh la..



Thursday, June 21, 2012

Air Jagung!!

Ni ada satu tempat yang best tuk dikunjungi bagi mencuba benda yg agak special (aku pelik sebenarnya, xpenah jumpa la katakan)..

AIR JAGUNG


Air ni sedap ok.. sangat tidak menipu.. mmg sedap sbb rasa manis jagung tu.. plus ada kacang lagi.. mmg heaven..

Air ni leh dapat kat JALAN KEBUN KLANG (aku rasa la kan, jalan ape ntah xtau la..tp nama2 org jugak la nama jalan tu) Nama kedai ni RESTORAN FAIZA.. ade MEDIC CLINIC kat seberang jalan restoran ni.. pastu kalau x salah la ade hardware kecik betul2 sebelah kedai ni.. and kalau nampak pic bawah ni, ade kedai bundle kat situ.. (gler la banyak kedai keliling) hahaha


Selamat mencuba !!

Tuesday, June 19, 2012

Happy Tgk si kecik!!

Bila irfan dah besar ni, mcm2 yg dia nak buat.. ni adalah sebahagian pembelajaran dia.. kank kan... so last week punya aktiviti before hantar papa irfan kat Pejabat tuk g kursus di bangi bersama2 member2nye.. 

Kitorang g SACC je tuk cari kasut papa pastu time cm awal lagi so bagi irfan naik kete remote control.. Sangatlah excited mcm xpenah naik je.. padahal masa dia umo 5 bulan dia dah naik dah kak nani dia punya kete konrol tu.. hiikhikhik



Kalau x salah main benda ni RM5 tuk 10 minit, kira lepas la tuk puaskan hati dia.. bila baby happy maka mummy pun happy..

Lepas hantar papa dia terus la balik umah, lepas tu sampai2 umah xde org pulak.. yg ada cuma ateh saje.. untuk mendiamkan irfan, on komputer dan pasang upin ipin.. terus diam..


Budak2 skarang ni mmg advance dlm gadget kan.. handset xpayah ckp la, tau je nak guna.. lepa je sket hp ilang suh buka "PINPIN" hahaha.. anak anak...


Monday, June 18, 2012

PUSAT SAINS NEGARA

SAbtu 16 jun 12, selepas ke kenduri kawin sedara belah incik pawie kat ampang, akak ipar ajak g PUSAT SAINS NEGARA.. Sampai sana dlm 3 petang lebih rasanya.. so cam x banyak masa sgt la.. motip nak tgk DINASOR... hahaha...



Masuk2 lalu bawak akuarium berisi ikan2 besar.. and irfan sgt teruja tgj FISH.. "Ami, fis fis" hahaha.. irfan irfan, fish saje..



kanak2 mmg suka di bawak berjalan.. kan kan.. hahaha



Ni kat grond.. so kitorang bergegas masuk tempat pameran sbb tempat tu tutup kul 5ptg..




Ingatkan tempatnya besar @ bahasa aslinya banyak nau dinasor nye, rupenye x banyak ade la dlm 15 ekor.. 
Layan la gambar2 lain bersama family in law..






DINO!!!!



There was an error in this gadget
This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Related Posts with Thumbnails