Selepas sebulan tak update blog.. tetiba rasa nak update plak..
Sebenarnya saya telah membuat kaian sendiri tentang perbezaan antara DIBERHENTIKAN KERJA dan MELETAK JAWATAN.. sebenarnya antara diberhentikan dan meletak jawatan tu pun dah nampak dah bezanye.. tp pelik la kalau ada yg xdpt nak bezakan..
DIBERHENTIKAN KERJA tu bermaksud majikan memberhantikan seseorang itu dengan sebab2 tertentu. contoh pekerja tu melakukan kesalahan berat @ sesuatu yang tidak dpt dimaafkan..
MELETAK JAWATAN pula bermaksud pekerja itu sendiri yang ingin berhenti kerja dengan alasan yang munasabah contohnye mcm kediaman jauh dr tempat kerja @ dpt peluang kerja yg jauh lebih baik dari sekarang..
Ada sesetengah kes yang disarankan agar pekerja itu sendiri untuk meletakkan jawatan.. itupun atas alasan tertentu..
Jadi secara amnya, jika seseorang meletak jawatan maka secara amnya juga majikan tidak akan memaksa pekerja itu untuk menarik balik surat perletakan jawatan itu jika alasan kukuh walaupun pekerja itu telah lama berkhidmat untuk majikan.
Haaa.. Bagi pekerja yang meletak jawatan dan bekerja di tempat baru, Bekas pekerja itu TIDAK HARUS menceritakan kerja2 syarikat lama pada sesiapa pun. Jika itu terjadi, maka bekas pekerja itu tadi jatuh pada kategori TIDAK AMANAH.
Kebanyakan majikan menyarankan agar pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja secara sukarela jika pkerja itu ditangkap melakukan kesilapan untuk menjaga AIB PEKERJA ITU agar org lain tidak menghidu perbuatan pekerja itu. Jadi secara akal fikiran yang waras, pekerja itu haruslah menjaga aib @ tidak menyebar sebarang fitnah majikan yang telah MENJAGA AIB MEREKA.
Jika pekerja itu telah melakukan kesilapan yang besar pada syarikat lama, dia seharusnya tidak memburukkan bekas majikan pada sesiapa pun mahupun bekas pekerja yang lain dengan Niat untuk menutup aib sendiri (yg telah melakukan kesilapan besar) dengan menceritakan keburukan bekas majikan pada org lain untuk menutup kesilapan mereka sendiri..
***************************************************
Panjang berjela tapi ayat berterabur.. kalau faham kira bahasa malaysia dpt A la.. kalau x kne belajar lagi.. hahaha.. Adoi..
****************************************************
Ok.. entri ni bukan untuk sesiapa ye.. kalau ada yg terasa ataupun sentap tetiba mengkin anda ada kene mengena dgn hal ini.. sy buat research je ye dengan keadaan semasa @ bahasa eloknye SECARA REALITI .